Wednesday 21 April 2010

Langkah Tercipta UNIC

Satu lagi album yang dah tak berapa baru... tetapi saya baru beli!!!

Not much to comment. Why? Sebab banyak lagu lama dah... ingat fresh album

Walaubagaimanapun, lagu langkah tercipta agak menarik. Unik melodi nya seunik UNIC

Wednesday 14 April 2010

Album Terbaru Saujana

Dah dapatkan album ini?

Saya dapati, lagu-lagu yang ditampilkan oleh Album Saujana-Nota Cinta ini menarik untuk dihayati dan menyegarkan jiwa yang resah sedih. Lagu-lagunya mempunyai susunan menarik dan kelihatan lebih menyentuh jiwa dengan zikir-zikir yang diselitkan.

Namun, sedikit sebanyak, kesepian Saujana beberapa tahun kebelakangan ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada sambutan album ini. Berapa agaknya yang dah terjual?

Walaubagaimana pun, sebagai kumpulan sebagai nasyid (baca pendakwah), mesej adalah perkara utama yang ingin disampaikan kepada masyarakat.

Mudahan, anda jatuh cinta dengan "Nota Cinta"...

Hiburan Terpandu

Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).